Monday, August 31, 2009

Tips Untuk Menyayangi Anak....

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Namapanggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa hendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangananak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Sunday, August 30, 2009

15 Panduan keselamatan untuk kanak-kanak....

1) Jangan cuba mengambil apa-apa yang tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja kerana kamu mungkin terjatuh dan tercedera. Minta bantuan orang dewasa. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang lebih tinggi dari lantai.
2) Kemaskan barang permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan terjatuh.
3) Jangan buka tingkap atau menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
4) Jangan berlari atau melompat apabila ada makanan di dalam mulut kamu atau jika kamu sedang memegang benda tajam seperti gunting.
5) Jangan berlari atau bermain di tangga. Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
6) Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
7) Jangan sekali-kali bermain di dapur. Jangan masuk ke dapur ketika ibu sedang memasak. Kamu mungkin melecur jika terpegang benda panas atau luka akibat pisau tajam. Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.
9) Jangan bermain dengan tali langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.
10) Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya. Ia boleh tertumpah dan kamu boleh melecur dengan teruk. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
11) Jangan masuk ke dalam besen berisi air atau pergi berenang seorang diri kerana kamu mungkin lemas.
12) Jangan bermain dengan suis atau peralatan elektrik kerana kamu mungkin terkena kejutan elektrik.
13) Jangan bermain atau memakan sebarang ubat kecuali jika diberikan oleh orang dewasa. Ubat yang tidak sesuai untuk kamu boleh menyebabkan kamu jatuh sakit.
14) Jangan minum atau bermain dengan botol yang mengandungi bahan pencuci, penyembur serangga, baja atau apa-apa bahan yang disimpan di dalam stor kebun atau almari.
15) Jangan masukkan benda-benda kecil seperti butang, guli, duit syiling atau bateri ke dalam mulut.

Tuesday, June 23, 2009

Anak lahir cepat dari jangkaan kita

Lama tak mencoret.Bukan apa, cuma ada hal yang tidak boleh di elakkan.Bagaimana ya kalau anak yang kita bakal lahirkan, lahir lebih cepat dari jangkaan kita ? Kedua-dua anak saya lahir lebih cepat dari jangkaan.Anak yang pertama cepat 30 hari dan anak kedua cepat 20 hari.Anak pertama dulu tidak menjadi masalah tapi bagi anak yang kedua pula lahir tanpa saya duga begitu cepat die nak keluar. Kisahnya bermula pada tanggal 20 hari bulan.kami sekeluarga memang hantu durian.isteri saya makan juga tapi tidak banyak lah sebab sudah ditegur oleh saya. Lepas makan kami bersama anak pertama yang berusia 1 tahun 4 bulan sempat pergi ke Tesco lagi untuk berbelanja barangan dapur. Pada pukul 4 pagi isteri mengejutkan saya dari lamunan.katanya dia sudah sakit perut hendak bersalin.Kelam kabut saya menghantarnya ke hospital.masuk dalam hospital terus bersalin.Alhamdulillah dapat anak lelaki yang sihat lagi.Kesian juga saya tengok dia melahirkan anak.Ye la setahun sekali. sedang duduk termenung sementara menunggu isteri siap dijahit oleh jururawat baru saya teringat yang semua barang keperluan bayi dan ibu belum disiapkan lagi.Barang bayi seperti kelambu ,tuala dan beberapa lagi masih belum di beli.Manakala barangan ibu seperti setbersalin juga masih tiada.Paling teruk lampin pakai buang juga dibeli semasa dalam perjalanan ke hospital. Nasib baik isteri saya boleh tahan lagi masa tu. Nasihat saya beli lah barangan keperluan untuk bayi dan ibu jika sudah hampir due date kerana kita tidak tahu bila anak kita akan keluar walaupun ada due date dia.kadang kadang cepat, kadang kadang lambat.

Saturday, June 13, 2009

Anak yang ku sayang.

Siapa tidak saying anak? Kucing pun tahu saying anak inikan manusia.Tapi yang hairannya ada juga kedengaran tentang kes-kes pembuangan anak.Macam yang saya selalu dengar dari rakan pejabat saya yang umurnya sudah mencecah 43 tahun dan usia perkahwinan dah 15 tahun apabila mendengar pembuangan bayi, beliau mengatakan lebih baik diberi kepadanya sahaja (kerana beliau belum dapat cahaya mata atas sebab kesihatan).
Alhamdulillah berkat doa dan usaha mereka suami isteri , pada tahu lepas mereka dikurniakan cahaya mata perempuan.Muka sebijik macam anak Jepun.
Yang dapat anak di buang-buang, yang tidak beranak nak anak.Dunia macam-macam sekarang. Yang Penting sayangilah anak kita sepertimana ibu bapa kita menyayangi kita.