Sunday, August 30, 2009

15 Panduan keselamatan untuk kanak-kanak....

1) Jangan cuba mengambil apa-apa yang tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja kerana kamu mungkin terjatuh dan tercedera. Minta bantuan orang dewasa. Jangan duduk atau berdiri di tempat yang lebih tinggi dari lantai.
2) Kemaskan barang permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan terjatuh.
3) Jangan buka tingkap atau menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
4) Jangan berlari atau melompat apabila ada makanan di dalam mulut kamu atau jika kamu sedang memegang benda tajam seperti gunting.
5) Jangan berlari atau bermain di tangga. Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
6) Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
7) Jangan sekali-kali bermain di dapur. Jangan masuk ke dapur ketika ibu sedang memasak. Kamu mungkin melecur jika terpegang benda panas atau luka akibat pisau tajam. Jangan bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.
9) Jangan bermain dengan tali langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.
10) Jangan sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya. Ia boleh tertumpah dan kamu boleh melecur dengan teruk. Jangan sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
11) Jangan masuk ke dalam besen berisi air atau pergi berenang seorang diri kerana kamu mungkin lemas.
12) Jangan bermain dengan suis atau peralatan elektrik kerana kamu mungkin terkena kejutan elektrik.
13) Jangan bermain atau memakan sebarang ubat kecuali jika diberikan oleh orang dewasa. Ubat yang tidak sesuai untuk kamu boleh menyebabkan kamu jatuh sakit.
14) Jangan minum atau bermain dengan botol yang mengandungi bahan pencuci, penyembur serangga, baja atau apa-apa bahan yang disimpan di dalam stor kebun atau almari.
15) Jangan masukkan benda-benda kecil seperti butang, guli, duit syiling atau bateri ke dalam mulut.

No comments:

Post a Comment