Friday, May 15, 2020

belajar anak anak Huruf-huruf Kecil a – z

https://anyflip.com/kgvll/yvso/ AnyFlip LightBox Embed Demo

Lagu Kanak Kanak | Lompat Si Katak Lompat | Didi & Friends

Lagu Kanak Kanak | Lompat Si Katak Lompat | Didi & Friends

Lagu Kanak Kanak | Pak Atan Ada Ladang | Didi & Friends

Lagu Kanak-Kanak Mengantuknya Mumia | Didi & Friends

Lagu Kanak-Kanak | Didi & Friends | Kompilasi Lagu Kegemaran Pak Atan | 27 Minit

Lagu kanak kanak Saya Ada Kuda

https://youtu.be/SZZsUV1FHg4

Lagu kanak-kanak kartun anak rusa nani

Lagu kanak-kanak kartun anak rusa nani


https://youtu.be/8wjW_7vjCzk

Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

https://youtu.be/SZ2RtVjcLlc

Kisah dan tauladan Sang Kancil, Sang Kerbau dan Sang Bedal

VIDEOS

Thursday, May 14, 2020

Wednesday, May 13, 2020

Cara TUT pokok betik

Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, makanan dan luar

Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan
Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, pokok dan luar, teks yang berkata 'Select a branch and cut out some'


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, teks yang berkata 'Cut up 45 degree and 1/3 dept'

Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, makanan dan luar, teks yang berkata 'insert stick and cover with coconut coir'


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks yang berkata 'Strap with plastic rope'




Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan




Imej mungkin mengandungi: tumbuhan


Imej mungkin mengandungi: tumbuhan, luar dan makanan



Imej mungkin mengandungi: tumbuhan dan makanan


kredit
Pertanian Satu Perniagaan fb Pertanian Satu Perniagaan











Teknik tanam ubi cara Thailand



kredit : fb

Pertanian Satu Perniagaan

Cara Lebatkan pokok Buah Mangga Dalam Pasu


Mangga sejenis buah-buahan bermusim yang tumbuh subur dan berbuah di kawasan yang agak panas dan kawasan tanah rendah.

Cara tanam dan penjagaan mangga lebih mudah berbanding pokok durian dan ia berbuah seawal 2 tahun jika pokok yang sudah di cantum atau di kawinkan.

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara tanam dan lebatkan pokok mangga dalam pasu. Mungkin ramai yang tidak tahu caranya.

1. Saiz pasu – mestilah berukuran besar iaitu 15cm tinggi dan panjang 11cm, kecil sikit pun takpe, yang penting media semaian tu mesti kena cun. kalau boleh gunakan pasu seramik supaya tahan lama.

2. Media semaian – gunakan topsoil / tanah hitam, elakkan guna tanah sisa kelapa sawit sebab ia cepat mengeras dan tidak sesuai untuk semaian pot). Topsoil 70%, sekam padi 10% sekam padi bakar 10% cocopeat 10%

3. Pemilihan benih – kami cadangkan tanam mangga Chokanan, Harum Manis, mangga nam dok mai dan red star atau mangga Taiwan. ini antara mangga yg cepat dan rajin berbuah. Pastikan beli benih yang sudah di kawinkan atau ‘TUT’ supaya cepat berbuah. Jika tanam dari biji ia lambat sedikit berbuah iaitu sekitar 4-6 tahun.

4. Baja – gunakan baja subur NPK 15.15.15 iaitu kandungan baja yang seimbang amat sesuai untuk pertumbuhan pokok yang seimbang. Manakala untuk baja penggalak buah, gunakan baja buah NPK 12.12.17 berwarna biru yang boleh dibeli di mana-mana kedai pertanian/ kedai kimia berdekatan dengan rumah anda atau boleh secara online di Shopee, Lazada.

Pastikan pasu disiram dengan air dan elakkan tanah kering supaya pokok sentiasa segar, sekali sekala sembur dengan baja subur foliar dan racun Malation atau Decis untuk elakkan serangan serangga pada daun dan pucuk muda.



kredit: https://rentas.asia/

Cara Pastikan Pokok Bunga Tetap Segar Walaupun Tanpa Disiram self watering

1. Tuala basah –  basahkan tuala atau apa-apa kain dan lipat mengikut keperluan dan saiz pasu, letakkan tuala diatas permukaan tanah dan bawah pasu agar tanah sentasa lembap.

2. Lampin – basahkan lampin budak dan letakkan di permukaan tanah dan atas pasu agar tanah sentiasa lembap.

3. Botol meneral – buat lubang kecil dan isikan air pada botol meneral kemudian masukkan hujung botol ke dalam tanah, cara ini membolehkan tanah sentiasa mendapat bekalan air.

4. Alas pasu – isikan dengan air supaya tanah dan akar dapat menyedut air untuk diperlukan oleh pokok terus segar.

5. Sistem pengairan automatik –  isikan botol meneral yang besar dan tali nylon atau apa2 tapi yang boleh menyerap air. sambungkan tali tadi dari botol ke pasu untuk membekalkan air.

6. Letak ditempat redup – Siram secukupnya pasu dengan air dan letakkan di tempat yang redup dan tidak panas, tanah sentiasa lembap kerana tidak terkena matahari.

7. Sistem Fertigasi – untuk tanaman seperti cili, tomato dan lain2, gunakan fertigasi iaitu siraman automatik yang menggunakan timer.

kredit : https://rentas.asia

Contoh taman rumah teres,kecil mudah diurus




kredit : fb Pertanian Satu Perniagaan

Teknik tanaman hidrponik, aeroponik, aquaponik akuapoik

Ruang sempit? cuba buat mcm ni, mudahnya bercucuk tanam guna batang paip PVC je



kredit : fb Pertanian Satu Perniagaan

Tanam pokok tomato terbalik

Amat mudah menanam pokok tomato dengan cara ini, malah ia dapat menjimatkan ruang .





kredit : DIY Crafts and Projects

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an ***

kepada sesiapa yang dah berumur 40 , 50, 60 perlu baca ini

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an ***

*Nasihat pertama*

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

*Nasihat kedua*

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga*

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat*

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima*

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

*Nasihat keenam*

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh*

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan*

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan*

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Nasihat kesepuluh*

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله

*Nasihat kesebelas*

Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

*Semoga bermanfaat*

PANDUAN ASAS SOLAT AIDIL FITRI DI RUMAH BUAT IMAM INTERIM.


PANDUAN ASAS SOLAT AIDIL FITRI DI RUMAH BUAT IMAM INTERIM.

Tahun ni memang cemas. Bukan saja cemas sebab Corona Virus, tetapi juga cemas sebab ada bulan Ramadhan.

Masjid dan surau ditutup. Jadinya, bapak-bapak mesti jadi imam solat terawih dan witir di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Datang hari raya, cemas lagi. Sebab masjid dan surau masih lagi tutup. Jadinya sekali lagi, bapak-bapak mesti jadi imam solat. Kali ini solat Aidilfitri di rumah masing-masing.

Tambah cemas bila solat Aidilfitri kena baca khutbah lepas solat. Macamana nak buat tu?

So, saya bagi panduan asas solat Aidilfitri dan khutbah hari raya untuk bapak-bapak jadikan sebagai panduan.

Jangan takut! Lawan!

❤️ Solat Sunat Aidilfitri.

✅ Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.

✅ Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.

✅ Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.

✅ Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.

✅ Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.

✅ Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.

✅ Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.

✅ Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.

✅ Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.

Maka selesailah solat sunat Aidilfitri.

Kemudian tibalah saatnya untuk bapak-bapak membaca khutbah. Jangan takut! Lawan!

Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja. Tambah best, saya akan bagi yang paling basic saja untuk dibuat dan khutbah ini sah.

❤️ Khutbah pertama.

✅ Ucap “Alhamdulillah”.

✅ Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

✅ Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

❤️ Khutbah kedua.

✅ Ucap “Alhamdulillah”.

✅ Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.

✅ Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.

✅ Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.

✅ Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.

Then, boleh la bersurai.

Itu je pun. Tak susah kan? Sempoi giler.

Ada 10 hari lagi nak berlatih ye. Kalau boleh jangan la yang basic sangat. Tambah la sikit perisa biar sedap tak nampak kering.

Terutamanya yang bahagian khutbah hari raya tu.

Agak-agak susah, boleh je download khutbah mana-mana kat internet. Kemudian baca.

Selesai...

Masih bimbang?

Jangan takut! Lawan!

Kalau takut nak lawan sorang-sorang, lawan ramai-ramai. Share panduan ni dekat semua bapak-bapak yang bakal jadi imam dan khatib raya di rumah nanti.

Kita lawan sama-sama.

#KAB
#StayAtHome

- Para makmum dijangka akan memegang handphone untuk merakam momen bersejarah ini -

cara jadikan akar pokok tumbuh cepat

Hormon penggalak akar semulajadi supaya pokok cepat berakar dan tumbuh dengan pantas, jadi jika anda mempunyai pokok yang sudah lama ditanam tapi "mati segan, hidup tak mau" bolehlah cuba kaedah ini.






kredit :
fb Woodworking-ideas

Cara tut pokok kahwin pokok guna air.

pokok kita boleh tut, kawin dan biakkan tanaman sendiri. ini contoh teknik menggunakan air.




kredit : fb
Things To Know

menyemai menanam pokok jagung di rumah

tanaman jagung.

Hari ini genap 7 HLS usia anak jagung manis ni. Saya semai 29 April yang lalu.

Semai dalam tray semaian 30 lubang. Guna peatmoss sebagai media semaian. 1 lubang tray letak 2 biji benih.

Biji benih ni saya tak rendam. Semai terus macam tu je. Lepas semai, spray bagi basah permukaan media dan bungkus dengan plastik.

Lepas bungkus letak ditempat redup. Proses heating ni ambil masa 2 malam.

Cukup 48 jam, saya buka plastik. Ada benih yang nampak cambah dan ada juga yang malu malu lagi. Itu normal.

Lepas tu spray bagi basah dan kekal letak ditempat redup.

Masuk hari ketiga lepas semai, saya pindahkan ke tempat yang kena cahaya matahari direct. Jika lambat pindah, anak benih akan jadi tinggi dan bengkok.

Pastikan sebelum pindah tu, media kena basah semuanya. Saya guna kaedah rendam tray semaian dalam takung.

Anak jagung sesuai ditanam bila ada 2-3 helai daun. Usianya antara 7 - 10 hari.

Tidak digalakkan tanam anak yang usianya lebih 10 hari sebab ia boleh membantutkan tumbesaran pokok.

Dalam tempoh semaian tersebut, saya tak membaja pun. Ada sekali sembur racun organik + cuka kayu pada usia 5 HLS.

Siraman dibuat 1-2 hari sekali bergantung pada cuaca. Kaedah siraman adalah rendam tray dalam takung beberapa minit.



kredit : fb
Azuan Abdullah

Peti sejuk atas sejuk bawah tak sejuk

anda mungkin ada kena macam ini.
Kenapa peti ais saya bawah tak sejuk tapi atas sejuk macam biasa?

Soalan ini berkisar pada peti sejuk dua pintu atau tiga pintu. Mustahil berlaku pada peti sejuk satu pintu atau mini bar.

Jadi, kalau peti sejuk anda tidak sejuk di bahagian bawah tetapi bahagian atas sejuk seperti biasa, maka periksalah komponen2 yang telah saya sebut di atas tu :)

Nak periksa kena ada multimeter dan kena ada sedikit ilmu tentang peti sejuk





kredit :
Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT

MINI FERTIGASI DI RUMAH

Mini Fertigasi
MINI FERTIGASI DI RUMAH

Fertigasi adalah singkatan daripada gabungan dua perkataan Bahasa Inggeris iaitu Fertilizier (baja) dan Irrigation (Pengairan). Sistem ini mampu mengawal kadar kepekatan baja dan jumlah air yang hampir sama pada setiap pokok.

Mini fertigasi boleh dibuat di rumah dengan skala kecil antara 10 hingga 30 polibeg mengikut kesesuaian rumah anda. Antara kelebihan sistem ini pada tanaman kita adalah:
Pembajaan pada tanaman teratur dengan menggunakan pemasa (timer).

Membantu sesiapa yang selalu keluar rumah untuk bekerja luar kawasan lebih 2 hingga 3 hari kerana sistem ini boleh membantu untuk memberi tanaman baja yang mencukupi.
Jom lihat tutorial pemasangan mini fertigasi di rumah dengan ruang terhad.

Semoga bermanfaat

kredit kepada
MohdAswira Bin Ahmad
Dekan
Fakulti Sains Sosial



kredit kpd : Kolej Universiti Agrosains Malaysia - UCAM

RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH

RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH

Serangga atau haiwan perosak memang agak sukar untuk dikawal tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan.

Sedarkah anda bahaya penggunaan racun serangga kimia ini ? Kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka masa panjang terhadap sistem tubuh. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunkan racun serangga organik.

Satu resepi racun serangga dan haiwan perosak yang paling mudah dan mujarab dengan hanya menggunakan bunga cengkih.

Umum tahu bunga cengkih mempunyai pelbagai kegunaan. Selain menjadi bahan dalam masakkan, ia juga digunakan untuk membuat ubat gigi.

Manfaat penggunaan racun serangga dari bunga cengkih:
1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Memabntu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama


Resepi racun serangga dari bunga cengkih:
Bahan-bahan:
50gm Bunga cengkih
1 liter air panas
Air bersih


Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bunga cengkih.
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas.
3. rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan bekas yang tertutup.
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih.


Cara penggunaan:
Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali


Kredit : Nor Salehan Jamaludin
Impiana

RP Flip ini merupakan kapal unik

Kapal yang dinamakan sebagai RP Flip ini merupakan kapal unik kerana boleh diangkat 90 darjah seakan akan hampir tenggelam tapi sebenarnya bukan!
Kapal milik Office of Naval Reseach oregon portland usa,sepanjang 108 meter akan menegak dengan bantuan tangki balast sama seperti sebuah kapal selam. Kapal ini dibina untuk kajian tentang lautan dan dibina awl pada sekitar 1960 lagi..kos sebuah kapal 600k USD.







kredit :
Barisan Rakyat III

Sekiranya ada Pati atau warga asing tanpa izin di kawasan anda, anda boleh menghubungi no yany tertera dibawah. Melindungi warga asing tanpa izin adalah satu kesalahan.