Wednesday, May 13, 2020

Cara Pastikan Pokok Bunga Tetap Segar Walaupun Tanpa Disiram self watering

1. Tuala basah –  basahkan tuala atau apa-apa kain dan lipat mengikut keperluan dan saiz pasu, letakkan tuala diatas permukaan tanah dan bawah pasu agar tanah sentasa lembap.

2. Lampin – basahkan lampin budak dan letakkan di permukaan tanah dan atas pasu agar tanah sentiasa lembap.

3. Botol meneral – buat lubang kecil dan isikan air pada botol meneral kemudian masukkan hujung botol ke dalam tanah, cara ini membolehkan tanah sentiasa mendapat bekalan air.

4. Alas pasu – isikan dengan air supaya tanah dan akar dapat menyedut air untuk diperlukan oleh pokok terus segar.

5. Sistem pengairan automatik –  isikan botol meneral yang besar dan tali nylon atau apa2 tapi yang boleh menyerap air. sambungkan tali tadi dari botol ke pasu untuk membekalkan air.

6. Letak ditempat redup – Siram secukupnya pasu dengan air dan letakkan di tempat yang redup dan tidak panas, tanah sentiasa lembap kerana tidak terkena matahari.

7. Sistem Fertigasi – untuk tanaman seperti cili, tomato dan lain2, gunakan fertigasi iaitu siraman automatik yang menggunakan timer.

kredit : https://rentas.asia

No comments:

Post a Comment