Wednesday, May 13, 2020

RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH

RESEPI RACUN SERANGGA DARI BUNGA CENGKIH

Serangga atau haiwan perosak memang agak sukar untuk dikawal tanpa penggunaan racun serangga. Namun, kebiasaannya racun serangga jenis kimia sentiasa menjadi pilihan kerana ia lebih cepat berkesan.

Sedarkah anda bahaya penggunaan racun serangga kimia ini ? Kebanyakkan racun serangga di pasaran mengandungi bahan kimia berbahaya yang mempunyai kesan jangka masa panjang terhadap sistem tubuh. Apa kata, mulai hari ini anda ubah dan set diminda untuk menggunkan racun serangga organik.

Satu resepi racun serangga dan haiwan perosak yang paling mudah dan mujarab dengan hanya menggunakan bunga cengkih.

Umum tahu bunga cengkih mempunyai pelbagai kegunaan. Selain menjadi bahan dalam masakkan, ia juga digunakan untuk membuat ubat gigi.

Manfaat penggunaan racun serangga dari bunga cengkih:
1. Boleh digunakan untuk mengawal serangga dan haiwan perosak seperti lintah bulan, siput, nyamuk, semut dan sebagainya
2. Rendah kandungan toksin
3. Selamat untuk persekitaran
4. Mengawal rumpai dan kulat
5. Memabntu menarik kehadiran agen pendebungaan terutamanya lebah dan rama-rama


Resepi racun serangga dari bunga cengkih:
Bahan-bahan:
50gm Bunga cengkih
1 liter air panas
Air bersih


Cara-cara:
1. Tumbuk kasar bunga cengkih.
2. Masukkan bunga cengkih yang telah di tumbuk ke dalam bekas yang mengandungi air panas.
3. rendamkan dalam tempoh 1 jam dalam keadaan bekas yang tertutup.
4. Setelah sejam, tapiskan dan asingkan sisa
5. Campurkan 1 bahagian pati air rendaman cengkih bersama 5 bahagian air bersih.


Cara penggunaan:
Semburkan bancuhan air bunga cengkih pada keseluruhan pokok dan permukaan tanah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali


Kredit : Nor Salehan Jamaludin
Impiana

No comments:

Post a Comment