Wednesday, September 3, 2014

Anak Kalau Demam

RAWAT DEMAM TANPA DADAH ( Bukan bermakna menidakkan perubatan moden) - Silalah share ye. Tak perlu mohon tag cuma taip saja di ruang komen nama rakan2 yang hendak dikongsikan.
Saya simpati melihat anak2 kecil demam melarat-larat. Kita sebagai ibu kena tahu bagaimana demam boleh berlaku dan apa yang perlu dibuat seawal mungkin untuk elak demam melarat. Asal badan panas sikit, terus bagi ubat. Kasihan anak2
Demam bermakna badan sedang melawan virus/bakteria yang menyerang. Bila diberi ubat cepat sangat, mungkin akan menganggu pembentukan imun badan.
Ini kemungkinan. Bila badan diserang virus/bakteria , antibodi badan akan mengangkat senjata melawan dan ketika itu badan akan panas. Jika kita beri ubat , virus/bakteria yang menyerang itu akan tertidur sebentar dan suhu badan pun turun. Bila virus/bakteria terjaga , imun badan baru angkat senjata untuk lawan (ketika itu badan panas semula) kita pun bagi ubat. Maka virus/bakteria tadi terlena semula ( suhu badan pun turun). Begitulah keadaan virus/ bakteria bangun tido bangun tido maka pembentukan sistem imun badan pun tidak terbentuk dengan sempurna.
Jadi adalah lebih baik mengawal suhu badan .Mandi/jaram/jerlum untuk pastikan suhu tidak naik tinggi. Kita tak perlu takut untuk mandikan anak dengan kerap. Mandikan dengan air suam2 kuku. Setelah mandi, boleh sapukan minyak garlic kat dada..tapak kaki.. belakang anak. Tak sempat buat minyak garlic, minyak habbatussauda pun boleh.Tentu sejuk kan anak selepas mandi.
Tak perlulah pakaikan cool fever yang diproses itu mesti ada bahan kimia bahan bertoksik yang boleh beri kesan pada masa panjang.
Mandikan.Air mandian boleh dicampur 2-3 sudu cuka epal/cuka kurma/epsom salt untuk kawal suhu badan.
Kemudian, kita perlu Upkan imun badan anak dengan makanan/minuman semulajadi. Bagi anak di bawah usia 180 hari, seharusnya diberikan hanya susu ibu sahaja. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak . Allah jadikan susu ibu yang tinggi khasiat semulajadi tiada tandingan.
Untuk aktiviti jaram/jerlum adakala anak tak suka dengan tuala basah di badan. Jadi, LEMON SOCK boleh dipraktikkan. Caranya mudah . Stokin dibasahkan keseluruhannya dengan perahan air lemon. Stokin ini bukan bertujuan memberi kepanasan tetapi untuk menyedut panas badan. Pakaikan basah2 hingga agak2 kering, kemudian basahkan lagi. Pakaikan stoking panjang sampai lutut pun takpe.
Sekiranya tiada lemon, boleh juga menggunakan cuka kurma, cuka epal, air asam jawa atau boleh guna hirisan garlic . Pakaikan pada anak berulang kali buatlah sehingga suhu anak kembali normal.
Dalam masa yang sama, up imun badan anak. Bagi anak2 berumur lebih 7 bulan boleh diberikan vco, 8 bulan ke atas boleh bagi air kelapa, yogurt natural, air barli homemade, olivenol plus, minyak zaitun , bone broth (sup tulang/sup ayam direneh lama sikit), sesuaikan mengikut umur anak .
VCO ( Virgin Coconut Oil ) minyak kelapa dara sangat mujarab. Kandungannya tinggi antiviral antibacterial selamat bagi menggantikan ubat demam/PCM. Boleh VCO bagi setiap 5jam .
Saya juga suka buat begini. Hiriskan bawang besar nipis2 masukkan dalam piring dan letak berdekatan tempat tidur anak. Tujuannya utk menyerap udara tak sihat. Menyerap kuman2 bertebangan. Jika anak tidak demam pun bagus buat begini sebab kadang2 bila kita sapu dan mop bawah tempat yang sempit seperti bawah katil bawah sofa , habuk2 berterbangan dan bawang merah akan memerangkap udara yang tidak sihat itu.
Banyak sebenarnya yang kita boleh lakukan hanya dirumah. Yang paling penting, kita tahu dengan jelas setiap satu persatu tindakan yang kita perlu ambil.
Paling penting jangan malas2. Mak kena rajin dan SILA RAJINKAN DIRI demi anak yang diamanahkan itu.
Bagi anak bawah 6bulan, silalah breastfeeding sekerapnya. Dengan penyusuan susu ibu mampu membina antibodi anak secara semulajadi. Allah suruh menyusukan dengan susu ibu sangat besar hikmahnya. Takde susu ? Susu kering ? Bukan takde susu , bukan susu kering , TAKDE ILMU sebenarnya. Itu adalah fakta . Yang tidak breastfeeding (macam2 alasan) jangan kecil hati. Lapangkan dada galilah ilmu pe

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Petua ni semua dpt drpd mana?ada sumber asal tak..??

    ReplyDelete

There was an error in this gadget