Sunday, September 7, 2014

Selsema


Posting ini untuk menjawab dan memberi pencerahan tentang jangkitan virus selsema .
Ada banyak jenis virus yang boleh menyebabkan selsema dan setiap virus itu mempunyai banyak variasi .
Antara virus yang menyebabkan selsema adalah rhinovirus termasuk variasi adenovirus, respiratory synctitial virus, coronavirus dan sebenarnya ada lebih dari 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema dan batuk
.
Maka soalan yang ditanya, adakah virus selsema seperti adenovirus tidak merbahaya ?
Jawapan saya : Semua virus boleh menjadi bahaya jika sistem immune individu itu lemah .
Tidak ada ubat untuk virus. Ini bererti tidak ada ubat untuk matikan virus selsema . Maka setiap kes selsema sebenarnya sembuh dengan sendirinya apabila tamat tempoh virus itu dan badan kita sendiri dapat atasi serangan virus itu dengan menyeluruh .

Maka soalan seterusnya, apa pula ubatan yang diberi oleh doktor bila kita dapatkan rawatan untuk batuk selsema yang mungkin beserta dengan demam ?
Jawapannya, rawatan yang diberi hanya untuk melegakan gejala dan semboyan supaya pesakit rasa lebih selesa.
Soalan lagi: Kenapa doktor beri antibiotic untuk merawat selsema
Jawapan : Adalah tidak wajar diberi antibiotic untuk merawat selsema kecuali ada bukti selsema telah dijangkiti pula dengan bakteria ( secondary infection ) .

Soalan seterunsya : Apa kesan rawatan untuk melegakan gejala ?
Jawapan : Kesemuanya adalah berbentuk drug yang ada kesan sampingan dan ada bukti yang ia menganggu sistem immune badan Amat tidak wajar diberi pada bayi dan anak kecil.

Soalan: Jika anak menjadi sesak nafas dan batuk berterusan apa harus dilakukan , adakah ini juga tidak bahaya ?
Jawapannya: Ini amat bahaya dan perlu mendapat rawatan di hospital dimana anak akan diberi oksigen dan jika perlu di intubate dan dipasang drip .Keadaan begini bererti virus selsema telah menyerang paru-paru dan menyebabkan radang paru-paru. Awas juga banyak dari virus ini boleh menyebkan sakit perut dan ceret beret yang boleh membawa dehidrasi . Virus juga boleh membuka jalan kepda serangan bakteria yang boleh menjadi infeksi yang serius.

Soalan :Apa peranan ubat homeopathy dan ubat herba ?
Jawapan : Ubat homeopathy membantu sistem immune badan untuk melawan virus, namun demikian, ubat homeopathy berbeza mengikut gejala yang timbul maka perlu pada pengamal untuk membuat preskripsi yang tepat . Ada cara khusus untuk mengambil rawatan homeopathy maka eloklah mendapat pedoman dari pengamal bertauliah , ambil maklum ubat homeopathy tidak ada dadah/drug dan tidak ada kesan keatas hati seperti ubat herba.
Ubat herba pun sama namun ada banyak jenis herba yang tidak selamat diberikan pada bayi kecil .

Soalan : Apa pula dengan madu dan bawang putih ?
Jawapan : Ini juga boleh bantu tingkatkan sistem immune tetapi ia tidak spesifik dan tepat serta tidak memerlukan pengamal untuk memberi preskripsi tetapi awas, madu boleh mengandungi spores kulat dan lain lain yang boleh menyebabkan infeksi dan ceret beret serta tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi bawah setahun kecuali sudah yakin tidak ada spores ( can be sterilised ) 

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget