Friday, September 5, 2014

ANAK SUKA MERAJUK DAN MEMBALING BARANG BILA KEHENDAKNYA TIDAK DIIKUT

Pertama ibu bapa janganlah takut anak itu merajuk. Merajuk ini adalah cara anak berlawan kuasa dengan anda. Kalau anda tidak bijak dan anda hanya menggunakan senjata marah, maka anda senang kalah.

Selalunya anak yang suka merajuk ni dia ni sensitif. Dari kecil umur tak sampai setahun kita boleh tahu akan karekternya itu. Semasa dia kecil lagi, bila dia merajuk, anda perlu bisikkan kepadanya untuk usahlah merajuk. Kalau tak dapat benda tak perlu merajuk.

Kalau dia tunjuk perangai, jawab dengan tenang dan biarkan dia ekspres dirinya. Jika dia baling barang, biarkan dulu. Tapi biar barang yang bahaya tiada di situ. Bila sudah dia dah lebih tenang sikit, ambik dan peluk dan beritahu dia, kenapa anda tak boleh beri barang itu. Cara ini untuk anak di bawah 1.5 tahun.

Bila dia dah 1.5 tahun, anak sudah mula mengamuk atau tantrum. Tantrum ini lebih kerana ledakan emosi yang tidak dikendalikan dengan elok. Contoh kekecewaan, kesedihan, penat, tidak cukup tidur, tidak faham kenapa dimarah, tenaga tengking yang diterima, TIDAK CUKUP BERMAIN AKTIF TERUTAMA DI LUAR RUMAH, tidak boleh melakukan banyak perkara kerana dilarang atau kerana badannya belum cukup besar. dan banyak lagi.

Bila ledakan emosi ini berlaku, anak akan mengamuk dan seolah-olah monster akan keluar dari diri anak itu. Anda perlu tahu, anak itu sendiri takut bila ini berlaku. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah menenangkannya. Buat seperti gambar yang Ibu sertakan ini. Walaupun dia meronta dan memukul anda, peluklah dan bacakan ayat dan bersuara dengan berbisik ke telinganya. Katakanlah perkara yang positif dan bacakan doa. Lepas dia sudah tenang, basuhkan mukanya dengan air yang telah dibaca doa mengikut kaedah agama masing-masing. Mandikan puan lagi elok dan beri dia tidur kerana semasa dia 'bergelut' dengan monster dia itu, dia amat letih.

No comments:

Post a Comment